04 April 2009

6. HARAPAN & PENGHARGAAN


Berkat kesabaran, kecekalan dan ketekunan semua anggota Pasukan ini, saya percaya dan penuh yakin bahawa kita suatu hari nanti akan menjadi idola dan mentor kepada pasukan-pasukan sukan Olahraga OKU yang lain di Malaysia. Tanpa usaha keras dan kerajinan serta kesetiaan kita semua, sudah pasti kejayaan ini akan terbantut. Teruslah berusaha demi memartabatkan mutu sukan OKU di mata dunia.

Namun begitu, setiap kejayaan dan kecemerlangan yang sedang dikecapi ini tidak mungkin dapat bertahan lama sekiranya tiada sebarang sumber dana / biayaan daripada semua pihak. Kantung Pasukan perlu diisi, sumbangan ikhlas dan ehsan amat diperlukan dari mana-mana penaja atau penyumbang yang budiman agar kami dapat bergerak seiring dengan hasrat dan matlamat kami.

Penghargaan khas diberikan kepada semua pihak yang terbabit yang selama ini telah berjaya memainkan peranan masing-masing dalam karier kesukanan terutamanya sukan Olahraga. Terima kasih diucapkan kepada semua atlet, bekas atlet, para pegawai dan penaja termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Belia & Sukan, Majlis Paralimpik Malaysia, Majlis Sukan Negeri / Negara, Jabatan Pelajaran Negeri, St. Nicholas Home, Penang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, ibu bapa, sahabat handai dan rakan taulan.

NANTIKAN KEMUNCULAN KAMI DI SIRI PELAYARAN BLOG YANG AKAN DATANG

Sebarang Komen atau Pendapat, sila emailkan kepada saya di alamat : hafiz_gayblue@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-4383437 (Hafiz Kassim)

PENAJA AMAT DIALU-ALUKAN...