04 April 2009

4. PENCAPAIAN DAN SASARAN


Sejak kejohanan sukan OKU dan Paralimpiad diperkenalkan pada tahun 1982, Pulau Pinang pernah mengukir nama di dalam senarai kejuaraan (sekurang-kurangnya di tangga ke-5 terbaik). Dalam kejohanan sukan OKU anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 1986, Pulau Pinang telah berjaya merangkul trofi Juara Keseluruhan meninggalkan Selangor di tempat ke-2.

Pulau Pinang juga pernah menduduki tangga ke-2 pada tahun 1988 dan 1990. Seterusnya tangga ke-4 dalam Kejohanan Sukan OKU 1996 Sarawak. Kini, pada tahun 2008, dalam kejohanan Paralimpiad ke-XIV, Kuala Kumpur kelolaan Kementerian Belia & Sukan (KBS), Pulau Pinang telah berjaya kembali menapak menghampiri mercu kejayaan, iaitu menduduki tangga ke-2 daripada 14 kontigen keseluruhan.

Oleh itu, berbekalkan semangat kental Pasukan ini yang merupakan penyumbang terbanyak pungutan pingat keseluruhan bagi Kontigen Pulau Pinang, tidak mustahil Pulau Pinang akan bejaya mengukir nama di persada tertinggi pada kejohanan Paralimpiad XV, Melaka 2010.