04 April 2009

2. MOTO, VISI & MATLAMAT


Moto Pasukan kami ialah GAYA, ASPIRASI, YAKIN yang dapat dihuraikan sepertimana berikut :

GAYA - Pasukan ini perlu dilihat / dipandang lebih bergaya, berdaya saing, berkebolehan serta sentiasa menitik beratkan nilai-nilai murni di dalam hati sanubari setiap anggota.

ASPIRASI - Menampilkan persembahan yang mantap dan aksi yang selamba sebagai Aspirasi serta Inspirasi kepada pasukan-pasukan lain di Malaysia.

YAKIN - Setiap langkah, perbuatan dan persembahan kami akan sentiasa lebih meyakinkan agar ianya akan menjadi tauladan dan pedoman atlet-atlet serta pegawai yang lain.

VISI Pasukan ini ialah untuk menjadi sebuah Pasukan Olahraga Parlimpik yang digeruni dan dikagumi serta disanjungi oleh semua lapisan masyarakat baik di kalangan OKU mahupun masyarakat normal amnya.

MALAMAT atau Objektif Pasukan kami ialah :

1. Menjadikan Pasukan ini sebagai sebuah pasukan Olahraga yang sentiasa bersedia dan bersiap siaga setiap masa untuk menyertai apa jua kejohanan / sukan yang bakal dianjurkan kelak.

2. Memperkenalkan selain menghebahkan tentang wujudnya sukan Olahraga OKU bagi pengetahuan seluruh kelompok masyarakat di Malaysia, terutamanya di negeri Pulau Pinang.

3. Mencungkil serta melahirkan lebih ramai atlet dan pegawai dari peringkat akar umbi sebagai perintis dan kesinambungan Pasukan ini.

4. Memperkasa dan memantapkan lagi pencapaian Pasukan ini agar kualiti dan reputasi Pasukan ini sentiasa terjamin.

5. Memilih hanya yang terbaik sambil memperbaiki dan memperbetulkan segala kekurangan yang timbul di dalam Paskan ini dari masa ke semasa.